Follow Me

Saturday, June 18, 2011

SeBaik-baik Wanita AdaLAh Untuk SeBAik-baiK LeLaki

Entry ini dipetik dari sebuah buku motivasi nukilan Dr HM Tuah Iskandar al-Haj....
just untuk berkongsi cerita apa yang aku bace dari buku ni....


Memang betul, seorang lelaki dapat bertahan apabila diseksa dengan kejam. Namun, boleh jadi tidak dapat bertahan apabila digoda oleh seorang yang bernama WANITA... Ini bukanlah aneh sebab memang kelemahan lelaki itu adalah pada telunjuk wanita. Kecuali lelaki yang benar2 terpilih.

" Dan wanita ( Zulaikha ) yang Yusuf tinggal di rumahnya menggoda Yusuf untuk menundukan dirinya kepada beliau dan dia menutup pintu-pintu kemudian berkata, marilah memperlakukan aku dengan baik. Sesungguhnya orang yang zalim tidak akan beruntung. Sesungguhnya wanita itu telah bermaksud ( melakukan perbuatan keji itu dengan Yusuf ) Demikianlah, agar KAMI memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba-hamba yang terpilih." 
[ surah Yusuf, ayat 23-24 ]

Zulaikha merupakan isteri kepada pembesar Mesir yang membeli Nabi Yusuf daripada rombongan khalifah yang menjualkanya. Zulaikha tertarik dengan ketampanan yang dimiliki oleh Nabi Yusuf. Ketampanan Nabi Yusuf ini juga telah membuatkan Zulaikha jatuh cinta terhadapnya.

Pada suatu hari, Zulaikha berniat untuk menggoda Nabi Yusuf. Ketika itu, suaminya tiada di rumah, Zulaikha telah menutup semua pintu lalu menguncinya dan terus mendekati Nabi Yusuf sambil berkata " Wahai Yusuf, ke marilah engkau ke sini " ajak Zulaikha.

" Aku berlindung kepada ALLAH dan memohon keampunan daripadaNYA. Sesungguhnya suamimu telah memperlakukan aku dengan baik " jawab Nabi Yusuf. Zulaikha tidak mengendahkan kata-kataNabi Yusuf itu. Zulaikha menghulurkan tangan untuk memeluk Nabi Yusuf tetapi Nabi Yusuf berjaya mengelakan dirinya dan melarikan diri ke muka pintu daripada terus dipeluk oleh Zulaikha. 

Zulaikha mengejarnya dan sempat menarik baju Nabi Yusuf sehingga terkoyak. Pintu bilik terus dibuka, Zulaikha amat terkejut apabila melihat suaminya berdiri di muka pintu. Pembesar tersebut memandang mereka dengan wajah penuh curiga. Untuk membela dirinya, Zulaikha telah menuduh Nabi Yusuf cuba menggodanya.

"Wahai suamiku, balasan apakah yang patut diberikan kepada orang yang cuba menggoda isterimu..??" kata Zulaikha dengan wajah yang penuh dengan kepura-puraan dan langsung tidak berasa bersalah.

"Dia yang menggodaku. Aku menolak ajakan isterimu, lantas dia menarik bajuku lalu terkoyak" jelas Nabi Yusuf sebagai tanda membela dirinya yang tidak bersalah.

Pembesar tersebut mendengar penjelasan daripada Zulaikha dan juga Nabi Yusuf, untuk mendapatkan kebenaran dan keadilan, pembesar itu telah mengambil seorang saksi daripada ahli keluarga untuk mengadili perkara tersebut. "Jika pakaian Yusuf ini koyak di bahagian depan maka kata-kata Zulaikha adalah benar dan Yusuf telah berdusta. Tetapi jika baju itu koyak di bahagian belakang, maka Zulaikha lah yang telah berdusta dan Yusuf bercakap benar" jelas saksi itu.

Apabila pembesar melihat pakaian Yusuf itu, maka terbuktilah bahawa Zulaikha yang telah berdusta dalam perkara keji itu. Pembesar meminta maaf dan Nabi Yusuf akhirnya terlepas daripada fitnah yang dilemparkan oleh Zulaikha.

Rasulullah SAW telah bersabda, "Tidak ada sesuatu fitnah yang lebih besar bahayanya dan lebih bermaharajalela sele[at wafatku terhadap kaum lelaki selain daripada fitnah yang berpunca daripada kaum wanita."

Antara daya penarik dunia adalah WANITA kerana lazimnya mereka mendorong lelaki dengan tutur kata yang manis, gerak geri yang menggoda dan sebagainya. Semua ini mencabar keimanan kaum lelaki hingga mereka menjadi lalai terhadap tugas dan kewajipan mereka.


P/S >> Ingatlah wahai kaum wanita atau Hawa jagalah kehormatan kamu agar kamu dihormati oleh kaum lelaki atau Adam. Jangan mempamerkan tingkah laku yang boleh membuat atau menampakan kamu sedang menggoda kaum lelaki atau Adam kerana  Sebaik-baik lelaki adalah untuk sebaik-baik wanita.. macam tu jugak sebaik-baik wanita adalah untuk sebaik-baik lelaki... THE MORAL OF STORY nya >> jadilah wanita yang penuh dengan kesopanan tidak kira dari segi apa pun... kerana seburuk-buruk wanita adalah untuk seburuk-buruk lelaki.. [ buruk means : tingkahlaku dan keperibadian ]  












No comments:

Post a Comment