hurmmm...betul ke jawapan lelaki tu...huhuhu...
1. MENINGGIKAN SUARA
  P : tahu la meraka dikurniakan suara yang 'macho' tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukan 
       ego, tak elok lah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun 
       pasangannya tidak bersalah.
  L : Kalau tinggikan suara dikatakan ego.Kalau rendahkan suara cakap perlahan dikatakan macam cakap 
       dalam kelambu.Kalau halus suara dikatakan pondan !!
2. MAIN KAYU TIGA
  P : bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. 
       Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnye.
  L : Yang menggoda lelaki  tu…. bukan perempuan ker? Kenapa dah tau lelaki tu ada awek pun pompuan
       sanggup goda lelaki? Nak salah laki juga ker? Lain ler kalau yang  mengoda laki tu si jantan jugak!!
3. SUKA CUCI MATA
  P : Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpe perempuan cantik dan seksi, 
       mula lah mata tu macam nak terkeluar je, walaupun sedang bersama kekasih bukan si dia peduli. Bagi 
       mereka tidak bersalah cuci mata tetapi hati kekasih kene jugak dijaga cik abang..!!
  L : macam ler pompuan tak  penah cuci mata !! Siap boleh cakap ‘ alamak hensemnya !” depan bf  sendiri.
       Ada lelaki marah ker? Lelaki cool jer la…. tak rasa tercabar  pun….
4. MENGONGKONG
  P : itu tak boleh, ini tak boleh, sikit2 nak kontrol, segala gerak geri kekasih nak dikawal, sampai nak 
       berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai dekat tu pun kene repot dulu, kalau tak 
       mula lah tercetusnye pertengkaran kerana hal sekecil tu. Tapi dorang melenting pulak bila aktiviti dorang 
       disoal siasat kekasihnye...MACAM MANE TU..?????
  L : Kalau kita tak tanya ,  tak ambil tau dikatakan tak caring la… tak romantik la…. macam-macam tak  lagi
       la…. Dah ambil tau…dikatakan mengongkong!! Saja nak cari gaduh la  tu…!!
P : ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak
       dapat dipisahkan. tetapi lelaki menjadikan  keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa 
       memikirkan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan 
       mereka termasuk lah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan keegoan tapi biar la bertempat.
  L : Kalau rimas ngan ego lelaki… jadi la les….. tak payah pk pasal ego     lelaki! Lelaki mana yang dijadikansebagai pemimpin wanita tak ada ego! Pondan pun ada ego …!!
6. MENIPU
P : Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah.
       Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang   mereka mempunyai masalah yang tak dapat 
       dielakkan padahal sebenarnya   mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah 
       berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki   kerana kaum wanita lebih 
       menghormati mereka yang memiliki sifat   berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini 
       lama   kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.
  L : Bila lelaki cakap yang  benar pompuan tak nak percaya. Pompuan cuma nak dengar apa yang sesuaidengan pendapat dia. kalau hitam dia kata, lelaki pun kena kata hitam walaupun benda tu putih..!! Benda
ni pun 2 x 5 …la….
7. PERASAN
P : Aduhaiii… lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik
       dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku   merekalah yang menjadi lelaki idaman para 
       wanita. Tapi, mungkin pada   pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini   yang 
       suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa,   kalau dah terlebih-lebih perasan
       tuu… ada wanita yang lebih suka   mengutuk dari memuji… hahaha sedarlah!
  L : pompuan hanya mahu perasaan mereka dijaga. Tidak penahkan mereka terfikir     nak jaga perasaan lelaki?8. KURANG MEMBERI PERHATIAN
P : Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa
       jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan   dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika
       berkaitan   teman wanita, alamatnya… mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya?   Kaum wanita 
       sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi   cukuplah sekadar pasangannya mengambil 
       tahu akan dirinya kerana sifat   semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.L : kalau diberikan perhatian yang penuh dikatakan MENGONGKONG !!
9.CEMBURU BUTA
P : Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu,
       tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang   kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan 
       kumbang lain kot.   Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu.   Tapi, ada juga
       sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu   kerana seolah-olah teman lelakinya amat 
       menghargai dirinya. Jangan   cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!
  L : Takkan tak penah dengar  pepatah CINTA ITU BUTA. Bila laki cemburu dikatakan cemburu buta…..betul ker cemburu buta. Kalau laki cuci mata dah boleh buat pompuan isytihar perang besar tu cembru
apa hah? barangkali itu bukan cemburu tapi BUTA PERUT !!
10. MATA DUITAN
P : Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya ‘lelaki spedo’. Mereka tak kisah nak
       kikis duit kekasih dengan 1001 macam   alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. 
       Kalau   kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki   pula yang mata duitan… 
       apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni   keegoan lelaki hilang pulak?!!
  L : Dah tau tak lojik  mengapa biar sampai terkikir. Nampak sangat pompuan tak guna akal. And I  believepompuan yang tulis artikel ni lagi la tak guna akal!!
11. KOMITED TERHADAP KERJAYA
P : Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi
       banyak alasan kerja apabila diajak keluar.  Kalau  keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan 
       merungut  sering  dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki  mementingkan  kerjaya tetapi 
       pandai-pandailah membahagikan masa bersama  teman wanita.  Paling tidak pun, seminggu sekali 
       luangkan masa  menemaninya dan lupakan  segala hal berkaitan kerja.
Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa…L : takde keja nak bagi anak orang makan apa? pasir ? tanah? ulat lam batu pun boleh mati !! ingat senang
ker nak dapat kerja….! berjuta penganggur tu. Tak reti bersyukur langsung pompuan ni yang dapat laki
yang komited ngan kerjaya!!
12. PANAS BARAN
P : Aduiii… masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih
       yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur   segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula 
       dari diri sendiri   tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi   diterima walaupun 
       sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak   tendang? Kalau nak sepak tendang carilah mereka 
       yang sepadan dan   janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat   bertanggungjawab 
       dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana   setiap dari kita ada barannya, cuma kena 
       pandai-pandai mengawallah.
Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!L : dah tau laki panas baran nak jugak kat laki tu. Pilihan berlambak…!! takpun laki tu dah cakap elok2
taknak dengar..sape x panas.orang cakap semua xnk caya.
13. KAKI MEROKOK
P : Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau
       dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya   habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan 
       benda berfaedah   tak apa juga, ini tidak… asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan.   Kalau asap tu 
       membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini   tidak… membawa kesan juga pada orang 
       sebelah menyebelah. Kadang-kadang   teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan 
       tak mahu   kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka   membazirkan duit dengan 
       merokok.
  L : cari jer la orang yang  tak merokok. Dah kenal sejak azali laki tu merokok. yang nak jugak kat  dia buatapa? Bukan dia merokok selepas kenal pompuan tu…
14. PENGOTOR
P : Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau
       membuang kahak merata-rata.  Yarkkk!!! Ada  juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama 
       berulang kali,  tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan  badan sudah  berbau 
       semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini  terasa segan  apabila menyedari badan sudah berbau?? 
       Entahlah… hanya  kaum lelaki yang  bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya..
  L : Nak suruh lelaki pakai  parfum yang sebatu pun orang boleh cam… macam pompuan pakai? jarangbasuh seluar tu.. maknanya pasangan jantan tu pemalas & pengotor jugak..
15. PENTINGKAN KAWAN2
P : Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF
       bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan   kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala
       bolahlah, jangan pula   selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada   langsung 
       semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa   guna bercinta kalau macam tu 
       gayanya? Kalau ada masalah pula,   kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai 
       bercerita   dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu   hari si dia juga akan 
       menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu   hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat
       demikian,   nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.
  L : kawan -kawan tak ajak keluar selalu.. kalau ada aktiviti baru ajak…pompuan… dia rasa boring jer…ajak je laki keluar tak kira masa..!!
.
p/s .....:: fikir-fikir lah....adakah betul ape yang dijawab oleh lelaki tu....tp tak semua lelaki betul...dan tak semua perempuan yang betul...kene balen...baru la hubungan tu bahagia.........::



No comments:
Post a Comment