Assalamualaikum... hai korang...!! perghhh ponat giler eden .. al-maklum lah bru smpai rumah... td kluar dgn mak ayah n adik2 aku g ziarah kawan dorang sakit... kesian uncle tu... hurmmm kita doakan uncle tu pulih seperti biasa ye...walaupun doktor kata dia mybe xde harapan utk hidup... ape2 pun kita doakan dia ye... Ok lah2.... sejak2 ni aku mcm rjin la plak nk update belog aku ni...hehehe... bnyak info ngn crita nak aku share ngn korang... malam ni aku nak share Tanda2 kita Jatuh Cinta.... jeng...jeng...jeng..... siapa yang kena....!!!! aku dapat benda ni dalam satu majalah... almaklum lah semenjak2 ni aku makin rajin membca.... jadi kan membaca satu amalan...huhuhu... majalah ape tu korang xyah thu la ey...hohoho...
1. Kamu sentiasa tahu apa menu sarapan si dia setiap pagi...
2. Kamu tidak akan membiarkan dia sendirian..
3. Setiap kali dia bersedih kamu seperti dapat merasakan..
4. Risau apabila si dia merajuk atau berdiam..
5. Sentiasa buat si dia ketawa...
6. Menanggung kesusahan bersama-sama..
7. Tahu setiap kesukaan si dia..
8. Apabila marah, mudah reda apabila bersama si dia...
9. Sentiasa menyimpul senyuman..
10. Mudah terasa atau sensitif walaupun si dia hanya bergurau..
11. Sentiasa tidak sabar menanti hari esok untuk bertemu si dia..
12. Hati berdebar-debar apabila bertentangan mata dengannya..
13. Tidak berkira dengan si dia termasuklah soal wang ringgit..
14. Sentiasa cuba untuk mendapatkan perhatian si dia..
15. Berbaik-baik dengan temannya..
16. Ambil berat dan ambil hati keluarganya..
17. Menjaga perlakuan apabila berada di hadapan si dia..
18. Susah untuk kata tidak pada si dia..
19. Menjaga hatinya sebaik mungkin..
20. Penat tidak pernah menjadi halangan untuk bertemu..
21. Berkongsi perasaan dan masalah dengan si dia..
22. Sentiasa menjadi penyelamat kepada si dia..
23. Suka lakukan kejutan untuk si dia..
24. Hadiah merupakan perkara wajib untuk hari-hari istimewa..
25. Pendengar yang setia untuk si dia..
26. Tidak akan memalukan diri sendiri..
27. Berusaha tampil cantik dan tampan bila berhadapan dengan si dia..
28. Tidak tentu arah andai setengah jam si dia tidak reply mesej..
29. Berkongsi minat yang sama dengan si dia..
30. Sanggup berubah sikap mengikut kemahuan si dia...
31. Tidak akan meninggalkan henpon walau sesaat..
32. Sentiasa mencari peluang dan alasan untuk berjumpa dengan si dia..
33. Demi si dia sanggup lakukan apa saja yang kamu tidak suke...[ada batasnya jugak]
34. Hilang mood apabila bertengkar dengan si dia..
35. Menjadi doktor peribadinya kerana begitu mengambil berat kesihatannya..
36. Bangga bercerita tentang si dia pada teman-teman..
37. Yang panas boleh bertukar menjadi lembut hati..
38. Sentiasa rase kenyang... [ yang ni pun tersenarai jgak ..??? ade kaitan ke..??? ] hahahaha
39. Tidak takut berhadapan apa jua rintangan untuk pastikan orang yang di sayang tidak terlepas ke tangan orang lain..
40. Sanggup mencari penyiasat untuk mengenalinya lebih dekat..
41. Tidak pernah malu untuk meluahkan pada oarang lain tentang perasaan kamu pada si dia..
42. Apabila dia ketawa satu perasaan yang luar biasa akan kamu rase kan..
43. Tidak satu pun kelemahan si dia di mata kamu..
44. Mana2 kamu pergi kamu sentiasa mengharap si dia ade bersama..walaupun dia jauh di sisi kamu..
45. Walaupun si dia hanya membuat lawak biasa tapi kamu ketawa smpai pecah perut..
46. Orang bercinta selalunya hipokrit kerana mahu nampak sentiasa sempurna..
47. Ape saje aktiviti bersama si dia akan jadi lebih menarik walaupun hanya mencuci kereta..
48. Andai ada yang cuba mengganggu hubungan kamu n si dia tanpa sedar kamu bertukar jadi begitu agresif..
49. Adalakanya kamu lebih utama kan si dia daripada family kamu sndiri..
50. Andai di tanya tentang apakah hubungan kamu n si dia, kamu sering memberi jawapan yang berubah2..menandakan kamu tidak yakin dengan jawapan kamu..
51. Tenaga orang bercinta ni akan bertambah 2 kali ganda dari orang lain kerana itu mereka mampu berjalan dari malam sampai ke subuh tanpa ade rse ngantuk..[yeke..??]
52. Adakalanya kamu berubah sehingga teman baik sendiri tidak mngenali kamu...
53. Sering berfantasi yang ada kalanya di luar kemampuan sndiri..
54. Jadi buta sehingga apa pun yang buruk nampak baik..
55. Gembira apabila di puji si dia..
56. Lebih bersemangat dalam membuat sebarang tugasan..
57. Menangis merupakan perkara yang tidak dapat di pisahkan dengan orang bercinta..
58. Bijak membaca fikiran si dia..[ bahaya ni..!! ]
59. Terbit rasa cemburu apabila si dia memuji orang lain...tambah2 yang berlainan gender...
60. Saling memerlukan antara satu sama lain dalam setiap masa..
*Menariknya CinTa apabila seseorang itu di lamun CinTa.....
huhuhuhu...ade tak yang terkena kat korang...huhhuhu... renung2kan dan selamat berjuang..!!! jangan biarkan cinta anda terlepas ke tangan orang lain...ceeewaaahhh...huhuhu