Assalamuaikum...
Diharapkan semuanya berada dalam keadaan sihat2 je ye... al-maklumlah sekarang ni musim orang sakit... demam lah..itu lah ini lah.. ade yang msuk wad... hurmmm.. hope u all ok2 je.. kalau rase tak sihat tu cepat2 pegi jmpe doktor...
Ok lah berceloteh sangat cik Anis ni.. adoii.. hikhikhik..
kiter nak cite sikit pasal rose flower ni.. huhuhu.. td terbaca kat dalam satu magazine pasal rose ni, kiter dapat dari pusat sumber kt ofis ni... huhuhu...
" hurmm boleh buat entry pasal ros ni"
Korang tahu tak sebenarnya kebudayaan barat dan kebudayaan melayu, bunga ros melambangkan bunga cinta atau simbolik kasih sayang kepada insan yang tersayang. Orang inggeris mengenalinya sebagai rose manakala masyarakat kita Malayu pula memanggilnya bunga ros atau mawar. Ianya dipercayai berasal dari Dataran Cina, Timur Tengah dan juga Eropah Timur.
Bunga Mawar merupakan ratu segala bunga yang merupakan simbol atau lambang kehidupan dalam peradaban manusia. Sesiapa saje yang melihat jambangan bunga mawar yang digubah indah pasti akan kagum dengan keindahannya. Begitu juga pada sesiapa yang menerimanya pasti akan lebih teruja dengan kecantikkan dan maksud disebaliknya.
Pada kebiasaanya bunga diberikan oleh seorang lelaki kepada seorang perempuan, tak kira lah.. ibu ke, isteri ke, kekasih ke atau kawan.
Korang mesti nak tahu kan maksud disebalik warna-warna bunga ros kan..?? Kiter just kongsi apa yang kiter bace sekadar lepas ni ia di jadikan tips dan panduan untuk membantu korang memilih warna dalam masa yang sama menyampaikan maksud dihati korang kepada pasangan. Namun harus diingatkan gubahan bunga juga mempengaruhi maksud hati korang dan juga menjadikan ia sangat menarik dan eksklusif.
Ros Kuning Melambangkan Persahabatan dan Kegembiraan. Kebiasaannya ros kuning ni sesuai untuk kawan-kawan atau sesiapa sahaja sebagai tanda keakraban sesuatu hubungan.
Ros Lavander ( Ungu ) melambangkan tanda cinta seseorang terhadap pasangannya ( ibarat cinta pandang pertama )
Ros Merah melambangkan cinta yang sejati. Sesuai untuk diberi kepada pasangan anda ye.. ;) good Luck...
Ros Jingga melambangkan keinginan. Ros ini terhasil dari campuran warna kuning dan merah, ros jingga ini sebagai jambatan antara persahabatan yang diwakili ros kuning dan cinta mewakili warna merah.. so kiranya ros ini sesuai diberi kepada kawan rapat dalam masa yang sama dia mencintai perempuan atau lelaki.
Ros Pink melambangkan tanda terima kasih, penghargaan dan juga cinta.
Ros Putih melambangkan kesucian dan kemurnian, kebisaannya ros putih ini dijadikan sebagai hiasan untuk dekorasi di majlis perkahwinan. Ini menunjukkan sebuah cinta itu baru bermula.
Setakat ini kiter pernah menerima ros merah dari seorang kawan. Tapi sampai sekarang tak tahu apa erti dan maksud tersirat di sebalik pemberian itu.. uhuhuhu apa-apa pun so sweet.. sebab pemberian itu di hadapan kawan2 kiter.. TQSM.. ;p
No comments:
Post a Comment