Follow Me

Tuesday, July 19, 2011

Mengenal Pasti LANGKAH MUDAH LELAKI DI ALAM SIBER.

Assalamualaikum...

Tidak dinafikan kini terdapat banyak cara bagaimana untuk seorang lelaki mencari teman jika beberapa tahun dahulu kenalan sekerja, setempat, pengenalan melalui kawan, blind date, dan sebagainya menjadi pentas untuk mencari kenalan. Tetapi kini, dengan lambakan laman siber/sosial.. menjadi salah satu ruang atau medium untuk mencari kenalan baru di seluruh negara mahupun seluruh dunia..semuanya bermula di hujung jari sahaja, terlalu MUDAH KAN...!!!!

aku sunting entry ni dari magazine Remaja Keluaran 15 Julai 2011
          
         1. MENJENGUK-JENGUK :
Kebiasaannya seorang lelaki sama ada yang gemar bersosial atau tidak mempunyai akaun atau profil di pelbagai laman sosial seperti facebook, myspace, twitter dan sebagainya. Di laman sosial yang popular seperti inilah seorang lelaki akan memulakan operasi "MEMBURU" [ayat mesti powerr...ngeeeh3..] . Ada yang mencari berdasarkan tempat asal, hobi atau minat seseorang gadis yang berkemungkinan menarik untuk dirinya.

              2.  PILIHAN GAMBAR :
Sudah menjadi perkara biasa jika anda melayari laman sosial dan terjumpa profil lelaki yang kelihatan cool dan menarik cume dengan melihat gambarnya. Tanpa pengetahuan para gadis, ini merupakan salah satu teknik terhebat seorang lelaki. Seorang lelaki yang sedang mencari pasangan akan memuat naik gambar-gambar yang akan memperlihatkan diri mereka hebat. Mudah bagi seorang lelaki mempersonakan seorang gadis dengan gambarnya sahaja jika mereka yang menampakan berpersonaliti manarik, gambar bersama teman-teman yang kelihatan hebat dan jika lelaki itu memiliki badan yang mantap, itu merupakan satu bonus...!


              3. KENALAN BERSAMA :
Bagi para lelaki, mereka ini lebih mudah didekati. Selalunya si "Pemburu" gemar mencari teman melalui kenalan bersama atau matual friends. Menurut kajian, perempuan lebih berasa selamat berhubungan dengan orang luar yang mempunyai same kenalan dengan mereka. Tidak kira kenalan itu rapat atau tidak dengan lelaki asing itu.


               4. MENCARI YANG "SATU" :
Gadis dengan gambar-gambar yang tampak cantik dan menarik seperti mencuba pakaian di persalinan, berkelah di taman atau makan di tempat yang mewah amat mudah menarik perhatian dan minat para lelaki untuk mencuba nasib untuk mengenali mereka. Juga ada beberapa tips yang hampir kesemua para lelaki akan cuba elakan di antaranya mencari perempuan yang tidak gemar menggunakan gambar sebenar mereka sebagai Picture Profile dan gadis yang terlalu bersikap kebudak-budakan.


                   5. PEMILIHAN :
Ini bukan perkara yang baru, biasanya seorang lelaki itu mempunyai beberapa pilihan sebelum cuba merapati setiap satu. Apabila sang lelaki berminat, mereka akan perlahan-lahan mencuba menawan hati si gadis dengan memneri komen2 gambar, status then lama kelamaan mula menghantar mesej peribadi. Sesetengah lelaki juga amat berhati-hati pada tahap ini kerana perbuatan yang terlampau seperti kerap memberi komen atau [enghantaran mesej yang agak nakal, besar kemungkinan akan menyebabkan diri mereka ditolak dari awal-awal lagi...




Hurmmm macam tu lelaki gunekan alam siber ni... tapi rsenye sekarang ni bukan saje lelaki ..malah perempuan pun xkurang hebatnya juga... huhuh kire same2 lah... masakan pokok bergoyang kalau tiada angin kan... cewaaahh... ehehehe.. [ehh kene ke peribahasa tu] pakai hentam je.... hehehe

2 comments:

  1. hehe..macam ta yakin jek bile kenal kat alam siber nihh :)

    ReplyDelete
  2. anis, sy setuju ngan awk.. lelaki yg nk berkenalan akn chat ngan kita dan akan bertya "mne pic awk? npe xletak pic awk" then jika jwapan kita tidak memuaskn mereka akan pujuk awk letakkn pic awk.. sy pernah rasai nye.. tp syukur, sy ttp dgn penmdirian sy.. ^^[xtermkn pujuk rayu]

    ReplyDelete