Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatu...
Topik pagi ni boleh menginsafkan diri .. tak tahu lah sama ada selama2nye atau seminit dua je kan... hmmmm... kalau ditanya atau bercerita pasal KEMATIAN mesti kita merasa takut.. yelah kita tak tahu bile ajal kite akan tibe...
Baru-baru ni ada saudara muslim kita yang kiter kenali telah pergi buat selama2nya... pagi tu allahyarham masih keluar minum di kedai kopi..bergelak tawa bersama-sama rakan dan masih sempat menghadiri kenduri saudara allahyarham... tapi dengan tidak disangka2 pada petang jam2 sahabat2 beliau telah menerima berita bahawa beliau telah dijemput Allah untuk pergi selama2nya...
Jangan kita ingat dalam segar2.. kita lupa padaNYA.. kerana semua yang hidup pasti akan mati..
kiter ada terbaca satu artikal yang menceritakan tanda-tanda sesorang manusia itu akan meninggal dunia...
Tanda 100 hari sebelum :
Ini adalah tanda pertama dari ALLAH SWT kepada hambanya dan hanya akandi sadari oleh mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini hanya saja mereka menyadari atau tidak. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu ashar, seluruh tubuh yaitu dari ujung rambut hingga ke ujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan menggigil, contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti, kita akan mendapati daging tersebut seakan -akan bergetar. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini, maka ini adalah peluang
Tanda ini rasanya nikmat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik dihatibahwa mungkin ini adalah tanda mati, maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesadaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu saja tanpa sembarang manfaat terbaik untuk memanfaatakan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
Tanda 40 hari sebelum :
Akan terjadi malaikat maut ini memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung dan pening seketika. Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu ashar, bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya diatas arash ALLAH SWT, maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mulai membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mulai mengikuti kita sepanjang masa adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
Tanda 7 hari sebelum :
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesaktian dimana orang sakit yang tidak makan, secara tiba-tiba ia berselera untuk makan…
Tanda 3 hari sebelum :
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri, jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
Tanda 1 hari sebelum :
Akan berlaku sesudah ashar dimana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun dimana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu ashar keesokan harinya.
Tanda akhir :
Akan terjadi keadaan dimana kita akan merasakan sejuk dibahagian pusat dan rasa itu akan turun kepinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian Halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimat SYAHADAT dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada ALLAH SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
p/s : Jangan jadikan ia sebagai satu takutan atau gurauan kepada kita semua.. justeru itu jadikan ia sebagai satu peringatan supaya kita sentiasa lebih mengingatiNYA...
Wa'allahualam...