Follow Me

Wednesday, September 21, 2011

Kejadian Janin Di Dalam Rahim

Alhamdulillah ...
masih diberi kesempatan celik untuk mengupdate blog kiter ni... 
Amin Yarabal'alamin...

Tahukah kita, manusia sebenarnya telah dijadikan Allah melalui berbagai peringkat kehidupan tetapi kebanyakan daripada kita mula lupa atau sengaja lupa atau tidak mengetahuinya atau tidak mempercayai mengikut agama masing-masing. Sesungguhnya manusia memerlukan tasauwur dan gambaran yang betul dan benar mengenai laluan hidup di dunia ini supaya mereka selamat sampai ke matlamatnya yang telah di aturkan dan dijanjikan oleh Allah SAW.

Kejadian manusia mengikut peringkat-peringkat.. bermula dari persenyawaan sehinggalah ke peringkat peniupan roh. Video ini kiter dapat dari u tube .. 


Cuba kita fikir sejenak.. bagaimana sekiranya kita tidak ada, tidak pernah ada, tidak pernah wujud, tidak tertulis di Loh Mahfuz atau tidak dilahirkan di dunia ini, sudah tentu kita tidak dapat melihat keindahan ciptaanNya, tidak pernah mengenali matahari.. tidak mengenali bulan..tidak dapat merasa kemanisan gula, tidak dapat merasa makanan yang lazat dan terutama sekali tidak dapat dibelai, dicinta dan dihargai dan merasa saat-saat bahagia bersama insan tersayang. Betapa kita perlu bersyukur kerana kita di antara yang terpilih untuk berada di muka bumi ini... Syukur Alhamdulillah...


Justeru itu, jangan lah sesekali kita sia-siakan hidup ni.. hargailah kehidupan ini dengan amalan yang lengkap dan berbuat baik sesama manusia... 

No comments:

Post a Comment