Hallo everybody...selamat tengahari....today i mau share
10 tips Menjadi Budi Bahasa. Semua tahu kite sebagai gadis tentunye bersopan santun dan berbudi bahasa. Apatah lagi ia memang dah menjadi sebhagian drpd abad kite sendiri. Tp skrg ni budaya budi bahasa tu dh makin di telan arus moden dan pengaruh dr budaya2 luar... Ok lah..aku malas nk membebel melalut merepek merapu not kerapu ye..... ok..ok...cukup2....ni 10 Tipsnye...:
1. Menggunakan bahasa yang sopan dan beradab :
Selain menjaga kelakuan, paling utama gunakan bahasa yang sopan dan beradab ketika berkomunikasi.
2. Kembali kepada asas AGAMA :
Tentunya untuk berubah ke arah kebaikan perkara paling penting adalah kembali kpd perkara asas AGAMA. Ini disebabkan oleh Islam itu sendiri mendidik dan mengajar umatnya menjadi insan berakhlak mulia.
3. Banyakan membaca buku tentang akhlak :
Selain ilmu yang sedia ada, banyakan juga membaca buku tentang akhlak. Misalnya buku-buku berkenaan sirah atau kisah-kisah Rasulullah, para isteri baginda dan para sahabat yang sememangnya kaya dengan adab budi pekerti yang mulia.
4. Menghormati orang lain, tanpa mengira latar belakang :
Semai sikap menghormati orang lain tanpa mengira latar belakang. Tunjukkan sikap bertolak ansur dan bantu membantu tanpa mengharapkan balasan. [ p/s: ingat tu..!!! ]
5. Contoh akhlak Rasulullah dan para sahabat :
Contoh terbaik yang harus kita teladani ialah sikap yang ada pada Rasulullah dan para sahabat. Baginda perlu dijadikan contoh kerana memiliki keperibadian yang tinggi.
6. Bermuafakat :
Muafakat membawa berkat. Oleh itu tanaman semangat bermuafakat kpd semua lapisan masyarakat.
7. Bertimbangrasa, sabar dan baik hati :
Inilah ciri-ciri orang yang berbudi bahasa. Oleh yang demikian, tanamkan sikap ini ke dalam diri kamu kerana ia menunjukan diri kamu seorang yang berakhlak dan budi bahasa.
8. Tertib dalam semua keadaan :
Jaga kelakuan dan adab sopan dalam semua keadaan. Perthankan maruah diri dan jangan mudah terjebak dengan budaya asing.
9. Menepati masa :
Jangan amalkan sikap leka sehingga mengabaikan temu janji yang dibuat. Bagi kamu yang ingin menjadi insan berbudi bahasa, ubah dahulu tabiat memungkiri janji.
10. Bersedia membantu tanpa di minta :
Jaga kelakuan dan adab sopan dalam semua keadaan. Pertahankan maruah diri dan jangan mudah terjebak dengan budaya asing.
Perghhh ponat eden menaip tips2 ni.....hope semuanye dapat amalkan nyo yo....Selamat Membaca dan Selamat Beramal.... daaaaaaaaaa..opsssSss kekalkan budaya sopan ketika menaip blog..Assalamualaikum... peace no war...!!